Sepang, 5 September – Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terus unggul di Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) apabila berjaya merangkul tiga emas, satu perak, satu gangsa dan tujuh Medallion of Excellence dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Kejayaan yang disumbang oleh para pelajar IPMa ini sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia meraih tempat ke-empat keseluruhan dalam pertandingan itu.
Seramai 13 pelajar IPMa telah terlibat di dalam pertandingan ini terdiri daripada para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA-Japanese Industrial Institut (MJII), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), German-Malaysian Institut (GMI) serta GIATMARA.
Konsisten sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir dan separa mahir kepada negara, penyertaan pelajar IPMa di pertandingan ini merupakan wadah berterusan MARA mendukung hasrat kerajaan memperkasa Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional TVET dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri.
Untuk rekod, ASC 2018 telah berlangsung pada 26 Ogos hingga 4 September yang lalu bertempat di Bangkok, Thailand.
Sumber:- http://www.tvetmara.edu.my
0 comments:
Post a Comment