SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Adunan Pemasaran

Adunan pemasaran (marketing mix) ialah meletakkan produk yang betul di tempat yang sesuai pada masa yang tepat dengan harga patut . Campuran pemasaran terdiri daripada tiga teori utama iaitu 4P, 7P dan 4C.


Adunan pemasaran 4P melibatkan elemen seperti produk (product), harga (price), tempat (place) dan promosi (promotion). Adunan pemasaran 4P seperti di dalam Rajah 2.1 digunakan sebagai teori pemasaran produk.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Senarai semak di dalam Jadual 2.3 menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk merangka strategi terbaik untuk melaksanakan setiap elemen yang terdapat di dalam adunan pemasaran 4P.

Jadual 2.3: Senarai semak adunan pemasaran 4P
Elemen
Perkara yang perlu dipertimbangkan
Produk
Apa yang pelanggan mahukan dari produk atau perkhidmatan?
Bagaimana pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan?
Di mana pelanggan akan menggunakan produk atau perkhidmatan?
Apakah ciri yang mesti ada untuk memenuhi keperluan pelanggan?
Adakah terdapat fungsi produk atau perkhidmatan yang tertinggal?
Adakah terdapat fungsi produk atau perkhidmatan yang tidak diperlukan oleh pelanggan?
Apakah nama produk?
Adakah nama produk itu menarik?
Apakah warna dan saiz yang boleh di dapati?
Apa perbezaan produk anda dengan produk pesaing?
Bagaimana bentuk fizikal produk?
Harga
Berapa kos untuk menghasilkan produk?
Berapa nilai produk pada pandang pelanggan?
Jika harga produk dikurangkan, adakah kuantiti jualan dapat dipertingkatkan?
Mampukah produk anda bersaing dengan produk pesaing, jika harga jualan produk sekarang dikekalkan?
Tempat
Dari mana pelanggan anda mendapatkan produk atau perkhidmatan?
Bagaimana bakal pembeli mendapatkan barangan keperluan mereka? Pusat membeli belah, kedai runcit atau pembelian atas talian.
Bagaimana anda mempelbagaikan saluran pengedaran?
Apa perbezaan strategi pengedaran anda berbanding pesaing anda?
Adakah anda memerlukan pasukan jualan yang kuat?
Adakah anda perlu menghadiri pesta jualan?
Adakah anda perlu membuat jualan atas talian?
Promosi
Bagaimana anda menghantar maklumat kepada bakal pembeli?
Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat promosi?
Adakah iklan TV boleh membantu anda untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran anda?
Adakah media sosial merupakan platform terbaik untuk mempromosikan produk anda?
Apakah strategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing anda?

Adunan pemasaran 7P yang terdiri daripada elemen produk (product), harga (price), tempat (place), manusia (people), proses (process), bukti fizikal (physical evidence), produk (product) dan promosi (promotion). Adunan pemasaran 7P biasa digunakan untuk memasarkan servis atau perkhidmatan.



klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Manusia terlibat di dalam semua 4P seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.3. Kajian pasaran perlu dibuat untuk melihat sama ada terdapat permintaan yang mencukupi untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Tanggapan pertama akan berkekalan.” Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja anda hendaklah memainkan peranan untuk mendapatkan kepercayaan,
keyakinan dan jaminan supaya pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Setiap pekerja perlu dilatih dan diberikan kemahiran yang diperlukan supaya pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuklah jurujual, perkhidmatan pelanggan, staf teknikal dan sokongan juga perlu berpengetahuan supaya mereka dapat membantu untuk mempromosi produk atau perkhidmatan anda dengan lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi.

Pelanggan merupakan orang yang penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan yang telah memahami produk atau perkhidmatan dengan jelas bukan sahaja akan membuat pembelian lagi dan menjadi pelanggan setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan dan kenalan mereka. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Sistem dan proses yang jelas, kemas dan tersusun akan meningkatkan kecekapan operasi syarikat. Garis panduan (SOP) yang jelas akan mengurangkan kos pentadbiran dan meningkatkan keuntungan organisasi. SOP ialah arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan perkhidmatan.

Pembelian pengguna hari ini sangat dipengaruhi oleh respons pembeli-pembeli sebelumnya yang bentuk komen terhadap produk/perkhidmatan. Mereka mampu mempengaruhi jualan menerusi komen-komen atau maklum balas negatif atau positif. Testimoni seperti laporan makmal dan perkongsian pengalaman dari pengguna adalah penting untuk menarik minat bakal pembeli.

 Iklan mulut ke mulut akan memberi promosi percuma kepada sesebuah organisasi. Dengan perkembangan teknologi sekarang, iklan mulut ke mulut tidak hanya terhad kepada percakapan bersemuka sahaja sebaliknya media sosial telah merancakkan lagi penyebaran viral.

Penerangan ringkas mengenai setiap elemen yang terdapat di dalam setiap elemen adunan pemasaran 7P ditunjukkan di dalam Rajah 2.5.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Model pemasaran 4C di perkenalkan oleh Robert F. Lauterborn pada tahun 1990 (Annmarie Hanlon, 2015). Adunan pemasaran 4C ini bukan sebahagian daripada adunan pemasaran sebaliknya model pemasaran 4C ialah perluasan dari adunan pemasaran 4P. Model 4C melibatkan 4 elemen penting iaitu nilai kepada keperluan dan kehendak pelanggan (customer value), kos (cost), keselesaan (convienience) dan komunikasi (communication). Pertalian di antara model adunan pemasaran 4P dan model pemasaran 4C ditunjukkan di dalam Rajah 2.6.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Lauterborn menyatakan harga barangan tidak hanya terhad kepada harga yang dibayar semasa membeli sesuatu barang sahaja sebaliknya ia turut melibatkan kos pemilikan contoh pengangkutan, penyelenggaraan dan kawalan keselamatan.

Penjual hanya boleh menjual produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh bakal pembeli sahaja. Kajian pasaran perlu dilakukan untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna semasa.

Lauterborn berpendapat, promosi adalah satu manipulasi, manakala komunikasi adalah bersifat kerjasama. Pemasar hendak mengadakan dialog terbuka untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak bakal pembeli (Annmarie Hanlon, 2015).

Produk atau perkhidmatan mestilah mudah untuk dimiliki oleh pengguna. Pemasar hendaklah mempelbagaikan saluran pemasaran untuk memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan mereka.




0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com