Instagram ialah aplikasi perkongsian foto dan video percuma yang tersedia di Apple iOS, Android dan Windows Phone. Pengguna Instagram boleh memuat naik foto atau video ke aplikasi Instagram dan mengongsinya dengan pengikut mereka atau dengan kumpulan rakan yang terpilih. Mereka juga boleh melihat, memberikan komen dan menyukai kiriman yang dikongsi oleh rakan mereka di Instagram. Sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas boleh mencipta akaun dengan mendaftarkan alamat e-mel dan memilih nama pengguna.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman web Instagram (https://business.instagram.com) pada bulan Julai 2018, Instagram mempunyai lebih 1 Bilion pengguna yang aktif di seluruh dunia. Lebih 500 juta pengguna melayari aplikasi Instagram pada setiap hari. Selain dari peniaga atas talian yang mempunyai modal yang kecil untuk menguruskan pengiklanan mereka, Instagram turut digunakan oleh syarikat – syarikat besar seperti LG, Pepsi, KFC dan McDonald. Berdasarkan dari statistik di atas jelas bahawa Instagram adalah salah satu alat promosi yang penting untuk sesebuah perniagaan.
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
0 comments:
Post a Comment