SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Komuniti Digital

 Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah komuniti. Dalam dunia nyata bilangan komuniti yang boleh dianggotai oleh seseorang individu adalah terhad. Faktor geografi mempengaruhi bilangan ahli di dalam sesebuah  komuniti. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti digital seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.9 boleh terdiri daripada:

1.      Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan sepejabat.
2.      Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line).
3.      Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian.



klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Kewujudan multiplier effect di mana ahli komuniti menjadi semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan adalah di antara penyebab utama komuniti mudah berkembang. Dengan wujudnya komuniti yang sangat besar keahliannya, seseorang usahawan itu mampu menggunakannya sebagai platform untuk memasarkan produk/perkhidmatan dengan lebih mudah.


Kredit :Coach Abdul Shokur

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com