SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Menganalisis Keberkesanan Post Instagram Menggunakan Instagram Insight

Instagram Insights ialah ialah alat analitis yang disediakan oleh Instagram untuk mengkaji maklumat asas pengunjung dan pengikut seperti demografi dan tindakan yang mereka ambil di akaun Instagram anda. Maklumat ini penting untuk mengenal pasti bentuk post yang paling berkesan untuk menarik perhatian pelawat atau pengikut dan mengukur keberkesanan sesuatu kempen pengiklanan.


Fungsi Instagram Insights hanya disediakan untuk pengguna akaun Instagram Business sahaja. Fungsi Instagram Insight boleh di akses di dua lokasi di dalam aplikasi Instagram; dari profil dan post.


Untuk melihat Insight daripada profil klik ikon menu pada bahagian atas kanan profil dan cari Insight.




Laman Instagram Insight menunjukkan ringkasan data kandungan yang telah anda hantar dalam tempoh 7 hari terakhir. Bilangan pengikut dan cara anda memperolehi pengikut tersebut akan dipaparkan di bahagian paling atas. Insight turut memaparkan jumlah post yang telah dihantar dalam masa 7 hari yang lepas serta jumlah impression, reach, profile view serta statistik bilangan klik untuk pautan laman web dan butang CTA (Call, Email, Direction) dalam masa 7 hari yang lepas. 

Impression
Menunjukkan bilangan kekerapan iklan muncul di skrin pengguna.

Reach
Bilangan orang berlainan yang melihat post Instagram anda.

Website Clicks
Menunjukkan kekerapan pautan laman yang dimasukkan di dalam business profil telah diklik.

Profile Visits
Menunjukkan kekerapan profil anda dilihat orang lain.

Followers
Menunjukkan bilangan pertambahan dan pengurangan pengikut dalam masa 7 hari yang lepas serta waktu mereka akaun Instagram mereka aktif, maklumat ini penting untuk merancang waktu untuk menyiarkan iklan dan post.




Untuk melihat Insight untuk setiap post paparkan post berkenaan dan klik pautan “View Insight” di bawah post berkenaan.


Maklumat yang terdapat post insight ialah;
Like
Bilangan Like yang diterima oleh sesuatu post.

Comment
Bilangan komen yang diterima untuk sesuatu post.

Saves
Bilangan pengguna atau akaun yang unik yang menyimpan post anda atau mengklik ikon bookmark-Like yang terpapar di skrin mereka.

Actions
Bilangan aksi yang dilakukan oleh pengguna selepas mereka membaca atau melihat post anda; seperti melawat profil anda, mengelik pautan laman web atau mengikuti anda di akuan Instagram.

Discovery
Data ini merekodkan bilangan pemilik akaun yang bukan pengikut anda yang melihat atau menjumpai post anda. Selain dari memberi bilangan reach dan impression, data ini juga menyenaraikan tempat dimana paparan itu berlaku:
Home – Orang yang melihat post anda dari feed mereka.
Search and explore – Orang mencari kata kunci atau menjumpai psot anda melalui Explore feed.
Profile – Orang menjumpai psot anda dari laman profil anda.
Location – Orang yang menjumpai post anda dari location feed.
Hashtags – Orang yang menjumpai post anda dari carian hashtag.
Other – Post yang dikongsi melalui mesej terus, post yang disimpan oleh orang lain, post di mana anda ditandakan (tag) atau nama anda disebut.

Berikut adalah kepentingan Instagram Insgiht untuk perniagaan:
Mendapatkan maklumat demografi pengikut
Fungsi ini hanya akan dipaparkan apabila bilangan pengikut di akuan Instagram Business anda telah mencapai lebih dari 100 orang. Data yang dipaparkan terdiri daripada jantina, kumpulan umur dan lokasi dan hari dan waktu pengikut aktif di Instagram. Maklumat ini boleh digunakan untuk menetapkan masa yang sesuai untuk membuat pengiklanan menggunakan Instagram.

Feed post
Insight > Content > Feed post; memaparkan semua post yang pernah di hantar yang disusun mengikut post yang mendapat bilangan enggagement dari yang paling banyak hingga paling sedikit.


Insight > Content > Feed posts > See all; memaparkan semua post yang pernah di hantar di dalam masa setahun. 



Klik pada mana link berwarna biru untuk menukar jenis filter yang digunakan.


Dengan menggunakan penapis masa (time period) anda boleh mendapatkan data berkaitan:
  • Jumlah engagement (comments atau likes)
  • Nisbah engagement kepada reach
  • Menilai post yang paling Berjaya untuk menaik perhatian pengunjung (photos, videos atau carousel posts)

Data ini boleh digunakan untuk mengenal pasti jenis post yang digemari oleh audiens. Sebagai contoh audiens lebih gemar gambar produk bersama orang berbanding gambar produk semata – mata.


Menilai keberkesanan Instagram Story
Anda boleh mendapatkan data insight untuk Instagram Story daripada laman Insight atau secara terus dari post itu sendiri.


Menilai keberkensanan promosi berbayar
Anda boleh melihat data Insight untuk promosi berbayar dibahagian bawah laman Insgiht.

Kredit : Coach Abdul Shokor

0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com