SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MOHAMMAD SAJA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

Tip menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan

 Media sosial menawarkan platform pengiklanan yang murah dan berkesan. Untuk memastikan bahawa promosi yang dijalankan di media sosial dapat mencapai sasaran  yang ditetapkan, tip seperti di bawah boleh dijadikan sebagai panduan semasa menjalankan kempen pemasaran melalui media sosial.

1.      Sumbang, bekerjasama, berkongsi maklumat dan mendidik jangan menjual. Media sosial berbeza dengan iklan berbayar. Media sosial digunakan untuk membina reputasi dan hubungan baik dengan bakal pembeli; cari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah dan berkongsi maklumat dengan kumpulan sasar.

2.      Kongsi maklumat yang berguna dan berkualiti tinggi. Perkongsian boleh dibuat dengan cara menulis artikel di dalam media sosial, Blog atau menyumbang artikel kepada Blog pihak lain.

3.      Mulakan dengan langkah yang kecil dan bina kejayaan. Bina Blog anda sendiri atau beri komen pada artikel orang lain. Kongsi kepakaran anda dengan membantu menyelesaikan masalah pengunjung forum atau grup Facebook yang mempunyai kaitan dengan bidang kepakaran anda.

4.      Tinggalkan nama dan URL apabila anda memberi komen di dalam Blog, media sosial atau forum. Keadaan ini akan membantu meningkatkan trafik ke laman Web anda terutama sekali jika anda berkongsi maklumat yang berguna dan menarik.

5.      Berkongsi video atau gambar. Elakkan dari menjual secara agresif dengan menggunakan media sosial.

6.      Sertai kumpulan atas talian seperti gerup Whatsapp, Facebook dan Telegram atau forum yang mempunyai kaitan dengan  produk atau perkhidmatan yang anda jual. Sentiasa berkongsi maklumat dan hulurkan bantuan.

7.      Hormati peraturan asas yang ditetapkan di dalam sebuah media sosial, elakkan dari menjual secara agresif.


0 comments:

Post a Comment

PELAWAT

Flag Counter

CHAT BOX

Copyright © MohammadMuai | Powered by Blogger Distributed By Protemplateslab & Design by Mohammadsaja@2018 | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com